Saturday 20 February 2010

Watakmu

Aku lihat engkau
dengan peluh hasil keringatmu
mengukir ukiran-ukiran hidup
mewarnai kehidupanmu
dengan suka dan duka
tersenyum sentiasa.

Aku dengar engkau
mendendangkan lagu-lagumu
yang kau cipta di kala sepi
untuk menghiburkan hati
diiringi muzik sakti
agar hilanglah sunyi.

Inginku dakap engkau
agar kau mengerti
engkau bisa bersandar padaku
buanglah lagak kuatmu
Kerana aku tahu,
kisah hatimu.


2008 hour (20/02/10)

No comments: