Friday 5 February 2010

Kisah Aku dan Dia

Jauh di dalam ini
kusut mindaku
memikirkan suatu erti
buat perjuangan ini.

Nun di dalam sana
semuanya hancur dan luluh
mengenangkan kisah
yang tiada permulaan
jua tiada penghujung
kerana tak pernah ada
kisah itu, antara kita.

Kisah aku dan dikau
Rumit dan sukar untukku fahami
Apatah lagi untuk mereka mengerti.
Mampukah dirimu memahami
rasa seseorang yang dipenuhi harapan
namun punah semuanya.
Tak mampu kufahami
rasa si dia pemberi harapan
namun tiada niat memegang janji.

Ingin saja kumusnahkan semua memori
Namun terlalu sukar bagiku
melupakanmu.
Aku telah tewas,
dihadapanmu.

Kini, aku bangkit
menggalas satu semangat baru
dan berjalan
ke arah itu
di mana tiada kamu.
Tinggallah memori
tinggallah kamu.
Aku letih mengikuti kisah itu.


2011 (05/02/10)

No comments: