Saturday 10 September 2011

Si Pemilik Hati
Hai si pemilik hati,
kau penuhi ruang mimpi
apakah tidak cukup lagi ingatanku
yang kekal padamu di kala dua mata terbuka.
Indahnya bila
kisah mimpi kisah yang hatiku puja
enggan kutersedar
dari ulitan mimpi yang bak impian menjadi nyata.
Namun semua kisah kan berakhir jua
dan dua mata kubuka
pemilik hati, kau tiada
dan aku tahu ini bukan lagi mimpi.
Kau penuhi lagi ruangan minda
kini bersama cebisan mimpi dan realiti
aku keliru, aku mahu
namun semuanya hanyalah satu fantasi.
Oh si pemilik hati.
1004 hours 11/09/11
Note : Dreams, dreams.