Saturday 25 December 2010

Teman

Di bawah langit biru
aku di sini
mengejar mimpi
mencari diri.

Ingin ku dakap semua
mimpi dan kamu, kamu dan kamu
biar seiring dengan langkahku
telah aku cuba
namun mampukah seorang manusia membina
piramid sehebat piramid Giza?

Tidak.
Aku tidak mampu.
Aku hanya manusia biasa
yang bisa letih dan menduga
Dan aku sudah letih
Dan aku tidak lagi percaya
pada keikhlasanmu,
pada kita.

Wahai teman,
aku rindu kita yang dahulu
Ketika aku bersorak untuk kamu
dan kamu bersorak untuk aku.
Ketika bahumu tempatku bersandar
melepaskan lelah serta keluh kesah terhadap dunia.

Wahai teman,
kau berjanji akan sentiasa berada disisiku
kau telah berjanji ini dan itu.
Namun kau tipu.

Kau bukan yang dahulu lagi
Kau tidak percaya pada persahabatan ini lagi
Kau seperti malu
Aku kurang kelayakan di matamu.

Kau dan dia dan dia sama sahaja
Aku tertipu lagi.


2318 hours (25/12/2010)

Nota : 1. Ya, aku pun sudah tidak peduli lagi.
2. Contemporary writing?