Sunday 13 December 2009

Rama-rama II

Suatu masa dahulu
kubisikkan pada rama-rama
agar membawa khabar
hatiku padanya.
Aku berjanji
akan kutunggu rama-rama
membawa berita
menjelaskan ekspresi
melakonkan reaksi
agar kutahu
isi hatimu.


Sudah tiga tahun lamanya
terbang rama-rama
kini kembali
membawa satu yang pasti.


Kulihat rama-rama
sayu terbangnya
berat sayapnya
dan aku tahu.


Kau bunuh rama-rama itu.
Kau bunuh rama-ramaku.


Dan telah kukatakan,
bila rama-rama menghilang,
jangan dicari lagi.
Hilang rama-rama,
hilanglah keikhlasanku,
hilang kata hatiku.
Dan bila aku membisu,
jangan dicari suaraku,
tidak akan kau ketemu.
Jangan dicari suaraku,
terlambat sudah semuanya.


Kini berakhirlah satu cerita
antara aku dan dia
Kerana dia bunuh rama-rama
Dia bunuh rama-rama.





2307 hour (13/12/09)


Notes : Here : Rama-rama You'll understand.

No comments: