Thursday 3 December 2009

Eksperimen


Inginku tafsir dirimu
Namun tidakku mampu.
Telah kujalankan seribu analisa
hasilnya tetap juga sama.
Engkau, tetap juga sama.

Bagai satu ketetapan
tidak dipengaruhi unsur luar
tiada perubahan
satu pemalar.

Aku
pemboleh ubahmu
yang berubah mengikut rentakmu
dan bertindak balas mengikut iramamu
Hipotesisnya
aku berubah selaras dengan kehendakmu
Inferensnya
gagal kutemu.

Dan bila begitu,
gagallah satu uji kaji
tergantunglah satu komplikasi
kerana tiada kujumpa konklusi.


0108 hour (04/12/09)


Notes : thats the way you roll?