Rama-rama
Bila rindu terbang ke langit ,bagai rama-rama mencari bunga,
aku senyum.
Kerana aku, fikirkan kamu.
Jangan bunuh rama-rama itu,
tanda keikhlasanku.
Biar bayu membantu,
rama-rama mencarimu,
membawa kata hatiku.
Sayu.
Kerana aku rindu.
Jangan dikau hanya melihat indahnya rama-rama,
dengarlah bisikannya,
untuk kamu,
dariku.
Dengarlah dengar,
untuk kamu,
dari aku.
Sungguh aku ingin tahu,
apa katamu,
sesudah semua terungkai.
Bila rama-rama menghilang,
jangan dicari lagi.
Hilang rama-rama,
hilanglah keikhlasanku,
hilang kata hatiku.
Dan bila aku membisu,
jangan dicari suaraku,
tidak akan kau ketemu.
Jangan dicari suaraku,
terlambat sudah semuanya.
Pergi rama-rama,
cari dirinya,
bisikkan kata,
lihat reaksinya.
Apa katanya?
Apa ekspresinya?
Aku kan menunggu,
kembalinya rama-rama.
2233hours (31/07/09)
Note : Inspired by the title of the play written by Noordin Hassan. I love that line very much ; Jangan Bunuh Rama - Rama. And I do love the play as well. Extremely well written. how i wish! ahhh!
.